Sebelum melancong ke Cameron Highlands, anda mestilah menempah hotel menginap anda. Sekarang, marilah kita lihat apa hotel yang terdapat di Cameron Highlands.
1. Lake House
Lake House merupakan hotel yang dinilai sebagai hotel 4 bintang, ia hanya terletak 10km dari bandar Ringlet. Bangunan Lake House bergaya retro British dan ia mempunyai sebuah bilik bar, restoran, perpustakaan, spa serta bilik permainan.
Pemandangan Luaran Lake House
Kaunter Pendaftaran
Pemandangan Dalaman Lake House
Bilik Di Lake House
Alamat: 30th Mile Ringlet, 39200 Cameron Highlands, Ringlet, Pahang.
No.Telefon: 05 495 6152
Peta: Lokasi Lake House
Tempahan Melalui Laman Web: http://www.lakehouse-cameron.com/
Cameron Highlands Resort dinilaikan sebagai hotel 5 bintang. Hotel ini terletak di dalam sebuah bangunan bersejarah pada zaman penjajahan British. Perhiasan hotel ini memang canggih, terutamanya dinding bata yang bergabung dengan landskap ladang teh! Infrastruktur seperti Spa Village, Jim Thomson Tea Room dan Gonbei Restoran di hotel ini memang menarik!
Pemandangan Luar Cameron Highlands Resort
Pemandangan Dalaman
Restoran Hotel
Bilik Cameron Highlands Resort
Alamat: By The Golf Course, 59, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang, Malaysia.
No.Telefon: +605 491 1100
Peta: Lokasi Cameron Highlands Resort
Tempahan Melalui Laman Web: http://www.cameronhighlandsresort.com/
3. Smokehouse Hotel
Smokehouse Hotel berlokasi antara Tanah Rata dengan Brinchang. Bangunannya agak mempunyai rasa gaya Inggeris. Smokehouse Hotel mempunyai taman-taman yang indah dan ia dapat memandang pemandangan padang golf yang indah. Perabot dalam hotel ini mempunyai gaya tradisional Inggeris, adanya yang bergaya banglo Nanyang pada 60-an juga.
Pemandangan Luar Smokehouse
Restoran Smokehouse
Bilik Bar
Bilik Smokehouse Hotel
Alamat: By-The-Golf Course, Tanah Rata, 39000, Pahang, Malaysia.
No.Telefon: +605 491 1215
Peta: Lokasi Smokehouse Hotel
Tempahan Melalui Laman Web: http://www.smokehousehotel.com/
4. Planters Country Hotel (Balas Chalet)
Hotel ini berhampiran dengan Kelab Golf Cameron Highlands dan pasar malam. Taman utamanya agak menarik dan bergaya Inggeris. Kelemahan hotel ini ialah lokasinya lebih sukar untuk dicari dan tempat letak kenderaannya agak kecil. Kebanyakan tetamu penginap ialah pelancong Malaysia dan China. Kelebihanya ialah harganya agak murah.
Pemandangan Luaran Hotel
Pemandangan Dalaman Hotel
Restoran Hotel
Bilik di Hotel
Alamat: Lot 55, 39000 Tanah Rata, Pahang, Malaysia.
No.Telefon: +605 491 1660
Peta: Lokasi Planters Country Hotel
Tempahan Melalui Laman Web: http://www.balaschalet.com/
5. Hotel Titiwangsa
Hotel Titiwangsa terletak di pusat bandar Brinchang dan berhampiran dengan pasar malam Brinchang. Walaupun hotel ini dinilai sebagai hotel 2 bintang, hotel ini tetap dilengkap dengan infrastuktur seperti tiga dewan persidangan, bar kecil dan bilik karaoke. Di aras bawah hotel mempunyai banyak kedai seperti kafe, restoran, kedai roti, butik fesyen dan pusat kesihatan (refleksologi kaki). Terdapat juga sebuah restoran bufet steamboat Cina di aras bawah hotel.
Pemandangan Luaran Hotel
Kaunter Pendaftaran
Restoran Hotel
Bar Kecil Hotel
Bilik Di Hotel
Alamat: Lot 187 &188, Jalan Besar, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
No.Telefon: +605 490 1188
Peta: Lokasi Hotel Titiwangsa
Tempahan Melalui Laman Web: http://hoteltitiwangsa.com/
6. Strawberry Park Resort
Strawberry Park Resort merupakan hotel 5 bintang yang terletak di atas bukit. Oleh sebab lokasinya di atas bukit, hotel ini mempunyai pemandangan yang indah. Kelebihannya bukan sahaja pemandangannya, manakala tempat letak kenderaannya juga sangat luas. Walaupun harganya agak mahal, tetapi biliknya amat luas dan mempunyai persekitaran yang tenang.
Pemandangan Luaran Hotel
Kaunter Pendaftaran
Pemandangan Dalaman Hotel
Restoran Hotel
Bar Kecil
Kolam Renang
Bilik di Hotel
Alamat: Lot 195-196 Cameron Highlands 18300, Malaysia
No.Telefon: +605 491 1166
Peta: Lokasi Strawberry Park Resort
Tempahan Melalui Laman Web: http://www.strawberryparkresorts.com/
7. Cameronian Inn
Jika anda ingin bajet yang rendah, rumah penginapan ini memang sesuai untuk anda. Walaupun ruman penginap ini kecil, tetapi tempatnya tenang dan mempunyai pemandangan yang sungguh indah. Anda mesti mempunyai peluang untuk berkomunikasi dengan pelancong dari seluruh dunia jika anda menginap di sini. Yang penting, harganya memang benar-benar murah!
Jika anda ingin bajet yang rendah, rumah penginapan ini memang sesuai untuk anda. Walaupun ruman penginap ini kecil, tetapi tempatnya tenang dan mempunyai pemandangan yang sungguh indah. Anda mesti mempunyai peluang untuk berkomunikasi dengan pelancong dari seluruh dunia jika anda menginap di sini. Yang penting, harganya memang benar-benar murah!
Maklumat yang teliti,next time nak pergi Cameron akan datang untuk rujuk.Best!Terima kasih.
ReplyDeleteterima kasih atas rujuk!=)
Deleteselamat datang ke Cameron!
Waaa! Maklumat memang lengkap! Tq! 🤗
ReplyDeleteThank You!
Delete