Saturday, 3 September 2016

Hotel Di Cameron Highlands


Sebelum melancong ke Cameron Highlands, anda mestilah menempah hotel menginap anda. Sekarang, marilah kita lihat apa hotel yang terdapat di Cameron Highlands.


1. Lake House

Lake House merupakan hotel yang dinilai sebagai hotel 4 bintang, ia hanya terletak 10km dari bandar Ringlet. Bangunan Lake House bergaya retro British dan ia mempunyai sebuah bilik bar, restoran, perpustakaan, spa serta bilik permainan.


Pemandangan Luaran Lake House







Kaunter Pendaftaran




Pemandangan Dalaman Lake House




Bilik Di Lake House




Alamat: 30th Mile Ringlet, 39200 Cameron Highlands, Ringlet, Pahang.

No.Telefon: 05 495 6152

Peta: Lokasi Lake House

Tempahan Melalui Laman Web: http://www.lakehouse-cameron.com/



2. Cameron Highlands Resort

Cameron Highlands Resort dinilaikan sebagai hotel 5 bintang. Hotel ini terletak di dalam sebuah bangunan bersejarah pada zaman penjajahan British. Perhiasan hotel ini memang canggih, terutamanya dinding bata yang bergabung dengan landskap ladang teh! Infrastruktur seperti Spa Village, Jim Thomson Tea Room dan Gonbei Restoran di hotel ini memang menarik!


Pemandangan Luar Cameron Highlands Resort





Pemandangan Dalaman




Restoran Hotel





Bilik Cameron Highlands Resort





Alamat: By The Golf Course, 59, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang, Malaysia.

No.Telefon: +605 491 1100

Peta: Lokasi Cameron Highlands Resort

Tempahan Melalui Laman Web: http://www.cameronhighlandsresort.com/



3. Smokehouse Hotel

Smokehouse Hotel berlokasi antara Tanah Rata dengan Brinchang. Bangunannya agak mempunyai rasa gaya Inggeris. Smokehouse Hotel mempunyai taman-taman yang indah dan ia dapat memandang pemandangan padang golf yang indahPerabot dalam hotel ini mempunyai gaya tradisional Inggeris, adanya yang bergaya banglo Nanyang pada 60-an juga.


Pemandangan Luar Smokehouse





Restoran Smokehouse



Bilik Bar




Bilik Smokehouse Hotel




Alamat: By-The-Golf Course, Tanah Rata, 39000, Pahang, Malaysia.

No.Telefon: +605 491 1215

Peta: Lokasi Smokehouse Hotel

Tempahan Melalui Laman Web: http://www.smokehousehotel.com/





4. Planters Country Hotel (Balas Chalet)

Hotel ini berhampiran dengan Kelab Golf Cameron Highlands dan pasar malam. Taman utamanya agak menarik dan bergaya Inggeris. Kelemahan hotel ini ialah lokasinya lebih sukar untuk dicari dan tempat letak kenderaannya agak kecil. Kebanyakan tetamu penginap ialah pelancong Malaysia dan  China. Kelebihanya ialah harganya agak murah.


Pemandangan Luaran Hotel






Pemandangan Dalaman Hotel




Restoran Hotel



Bilik di Hotel



Alamat: Lot 55, 39000 Tanah Rata, Pahang, Malaysia.

No.Telefon: +605 491 1660

Peta: Lokasi Planters Country Hotel

Tempahan Melalui Laman Web: http://www.balaschalet.com/




5. Hotel Titiwangsa

Hotel Titiwangsa terletak di pusat bandar Brinchang dan berhampiran dengan pasar malam Brinchang. Walaupun hotel ini dinilai sebagai hotel 2 bintang, hotel ini tetap dilengkap dengan infrastuktur seperti tiga dewan persidangan, bar kecil dan bilik karaoke. Di aras bawah hotel mempunyai banyak kedai seperti kafe, restoran, kedai roti, butik fesyen dan pusat kesihatan (refleksologi kaki). Terdapat juga sebuah restoran bufet steamboat Cina di aras bawah hotel.


Pemandangan Luaran Hotel




Kaunter Pendaftaran



Restoran Hotel



Bar Kecil Hotel



Bilik Di Hotel




Alamat: Lot 187 &188, Jalan Besar, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang,  Malaysia.

No.Telefon: +605 490 1188

Peta: Lokasi Hotel Titiwangsa

Tempahan Melalui Laman Web: http://hoteltitiwangsa.com/



6. Strawberry Park Resort

Strawberry Park Resort merupakan hotel 5 bintang yang terletak di atas bukit. Oleh sebab lokasinya di atas bukit, hotel ini mempunyai pemandangan yang indah. Kelebihannya bukan sahaja pemandangannya, manakala tempat letak kenderaannya juga sangat luas. Walaupun harganya agak mahal, tetapi biliknya amat luas dan mempunyai persekitaran yang tenang.

Pemandangan Luaran Hotel




Kaunter Pendaftaran




Pemandangan Dalaman Hotel




Restoran Hotel



Bar Kecil



Kolam Renang



Bilik di Hotel





Alamat: Lot 195-196 Cameron Highlands 18300, Malaysia

No.Telefon: +605 491 1166

Peta: Lokasi Strawberry Park Resort

Tempahan Melalui Laman Web: http://www.strawberryparkresorts.com/



7. Cameronian Inn

Jika anda ingin bajet yang rendah, rumah penginapan ini memang sesuai untuk anda. Walaupun ruman penginap ini kecil, tetapi tempatnya tenang dan mempunyai pemandangan yang sungguh indah. Anda mesti mempunyai peluang untuk berkomunikasi dengan pelancong dari seluruh dunia jika anda menginap di sini. Yang penting, harganya memang benar-benar murah!


Pemandangan Luaran




Taman yang Indah




Restoran



Bilik





Alamat: 16, Jalan Camelia, Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang, Malaysia.

No.Telefon: +605 491 1327

Peta: Lokasi Cameronian Inn

Tempahan Melalui Laman Web: http://www.thecameronianinn.com/



4 comments:

  1. Maklumat yang teliti,next time nak pergi Cameron akan datang untuk rujuk.Best!Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas rujuk!=)
      selamat datang ke Cameron!

      Delete
  2. Waaa! Maklumat memang lengkap! Tq! 🤗

    ReplyDelete